Showing posts with label Artikel Dangdut. Show all posts
Showing posts with label Artikel Dangdut. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

TRIO MACAN CUBA NASIB





Tiga Macan cuba nasib



Oleh SYED MUSSADDAD MAHDI

mussaddad.mahdi@utusan.com.my

Foto HAFIZH KHOSMAT

Lokasi VISTANA HOTEL KUALA LUMPUR







TIGA Macan tidak pernah mengalah meskipun ditimpa kontroversi. (DARI KIRI) Liya, Dian dan Ayu.



--------------------------------------------------------------------------------







INI merupakan pertemuan kali pertama kami. Dalam pertemuan yang berlangsung, ternyata ketiga-tiga wanita sensasi ini cukup ramah untuk dibawa berbicara.



Semakin lama berbicara dengan Liya, Ayu dan Dian, semakin mesra dan cukup harmoni pertemuan pada petang itu. Mungkin khalayak Malaysia langsung tidak mengenali mereka apatah lagi tahu tentang kewujudan kumpulan ini.



Namun jangan pandang sebelah mata dengan kemampuan kumpulan yang menggelarkan diri mereka Tiga Macan, kerana di Indonesia gelek pinggul mereka cukup popular.



Mungkin masih belum dapat menandingi kehebatan Inul Daratista yang cukup popular dengan goyang gerudi, tetap ketiga-tiga mereka juga mampu beraksi dengan baik sekali.



Perjalanan yang dilalui oleh mereka memang cukup menarik untuk diketahui. Semakin lama duduk berbual ada sahaja cerita menarik yang terkeluar dari mulut setiap anggota.



Kata mereka, dulu kumpulan mereka bernama Trio Macan. Tapi selepas kemunculan mereka, banyak kumpulan penyanyi yang lain tanpa segan silu menggunakan nama yang sama.



Lantas banyaklah Trio Macan yang wujud di sekitar Kota Jakarta, Indonesia sehingga menyebabkan nama mereka kadangkala terpalit dengan cerita-cerita negatif yang cukup mencalar jiwa.



Paling terkesan apabila ada pihak yang iri hati dan menggunakan nama mereka dalam pelbagai persembahan pentas. Walhal mereka langsung tidak mengetahui apa-apa.



Seringkali menjadi mangsa keadaan, mereka nekad untuk bertukar pengurusan dan mengunakan nama Tiga Macan. Macan bermaksud harimau.



"Inilah yang seringkali terjadi pada kami. Semuanya gara-gara nama Trio Macan yang seringkali menimbulkan kontroversi tanpa berkesudahan.



"Paling membuatkan kami marah apabila ada yang sanggup membuat persembahan dengan begitu seksi dan berani mati. Lantas ramai yang mengecam kami sedangkan itu bukan kami.



"Jadi kami ambil keputusan untuk menukar nama kepada Tiga Macan dan mendaftarkan nama itu eksklusif untuk kami. Sekarang hidup kami lebih aman," kata Liya tertawa.



Ya, menjadi kumpulan muzik yang menyanyikan lagu-lagu dangdut memberikan rasa yang macam-macam buat mereka. Walaupun ramai yang menyangka muzik dangdut itu berada pada kelas kedua, tetapi Tiga Macan menafikannya.



Malah lagu SMS yang cukup popular satu waktu dahulu di Malaysia pernah dinyanyikan oleh mereka. Katanya lagi, siapa kata muzik dangdut itu duduk pada kelas kedua.



Namun sebagai anak seni menerima cabaran yang cukup sengit di persada muzik negaranya, Liya tidak menafikan yang muzik dangdut juga ada mendatangkan masalah kepada mereka.



Baginya muzik dangdut cukup popular dan diminati ramai jika dinyanyikan secara live. Tetapi akan timbul masalah jika dimainkan di radio kerana kurang mendapat sambutan menggalakkan.



"Ada orang kata dangdut mesti seksi. Tapi bagi kami seksi atau tidak itu tidak penting kerana semua itu mengikut kefahaman orang yang melihatnya.



"Malah selama ini kami masih belum menerima kecaman dari mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan pakaian kami. Semuanya masih okey tanpa sebarang masalah," kata Ayu pula.



Untuk tahun 2010 ini sudah banyak perancangan yang diatur oleh mereka untuk lebih popular termasuklah meluaskan empayar di Malaysia. Lantas kunjungan kali ini bukan hanya tangan kosong, sebaliknya Tiga Macan datang dengan album baru



Rasa musykil mula bersarang dalam fikiran apabila melihat album terbaru mereka. Ya, semua lagu-lagu yang terkandung adalah lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi lain termasuklah lagu Dokter Cinta.



"Kami cukup gembira dapat menyanyikan lagu-lagu ciptaan Ahmad Dhani. Walaupun ada yang mengatakan kami penyanyi saduran mahupun penyanyi yang hanya pandai menyanyikan lagu orang semata-mata, itu tak jadi masalah.



"Sebenarnya orang tidak tahu yang membawakan lagu yang pernah popular itu lagi sukar kerana kami perlu memberikan yang terbaik kepada peminat.



"Kami juga tidak mahu dikecam jika gagal membawakan lagu yang sudah popular dengan baik. Inilah cabaran yang paling besar jika mahu menyanyikan lagu orang lain," jelasnya lagi



Selain mahu menyiapkan video klip lagu Dokter Cinta, Tiga Macan juga cukup sibuk memenuhi undangan pentas di negaranya.

MAS IDAYU - NILAI DANGDUT SECARA ADIL

ARKIB : 22/04/2000



Mas Idayu nilai dangdut dengan adil




DiIndonesia, dangdut adalah muzik kelas rendah yang dinyanyikan oleh pemuzik-pemuzik jalanan di tepi-tepi gerai makanan. Malah dangdut juga dianggap cetusan dan ratapan golongan marhain yang selalu dilihat tidak membawa imej elitis seperti muzik-muzik lain.



Di negara ini juga dangdut diberi tanggapan yang serupa. Ia bukan sahaja murahan malah memiliki imej yang direndahkan oleh kebanyakan penyanyi dan pencipta lagu dangdut sendiri.



Malah lebih mengecewakan lagi apabila dangdut telah disinonimkan dengan imej erotis dalam lagu. Ini membuatkan dangdut telah hilang keasliannya seperti yang dipopularkan oleh Rhoma Irama atau Elvy Sukaesih di Indonesia.



Tetapi sebagai karya, dangdut perlu diketengahkan ke ruang yang lebih luas sepertimana yang dilakukan terhadap lagu-lagu berirama lain.



Penyanyi Mas Idayu berpendapat lagu-lagu dangdut juga mempunyai mutu yang tersendiri dan hanya akan disenangi apabila seseorang menghayatinya dengan baik.



Katanya, dangdut perlu dinilai secara adil sebagai satu genre muzik untuk memberi peluang kepada muzik ini berkembang secara terancang dalam industri muzik tempatan.



''Sudah sampai masanya untuk kita menilai dangdut bersama-sama muzik lain. Jika sebelum ini dangdut terpinggir, saya amat berharap agar di masa depan ia tidak lagi dikaitkan sebagai muzik kelas dua,'' jelas penyanyi ini.



Mas Idayu melalui album Bolehlah Boleh menerima Anugerah Album Dangdut Terbaik di malam Anugerah Industri Muzik 2000 (AIM 2000) baru-baru ini.



Menurut Mas Idayu, tidak dinafikan masih ada pihak-pihak tertentu yang menilai dangdut sebagai muzik murahan dan bermutu rendah.



Sekalipun penjualan album dangdut adakalanya lebih hebat berbanding album pop biasa, masih ada segelintir masyarakat yang merasakan dangdut tidak sesuai dengan cita rasa masyarakat moden.



''Tanggapan orang-orang seperti inilah yang perlu diubah. Saya percaya jika mereka memberi ruang kepada telinga dan perasaan mereka menghayati keasyikan irama dangdut, mereka akan menemui sesuatu yang baru,'' jelasnya lagi.



Mas Idayu bakal mengorak langkah ke persada antarabangsa apabila ada rancangan untuk berduet dengan pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan menjadi kenyataan.



Menurut Mas Idayu, biarpun terpaksa menunggu dalam jangka masa yang agak lama untuk menzahirkan rancangan itu, dia terpaksa akur dengan keadaan.



Kesibukan Shah Rukh Khan membataskan peluang untuk menjadikan impian Mas Idayu sebagai kenyataan dalam waktu terdekat ini.



Meskipun pelbagai pihak meramalkan rancangan itu hanya impian kosong, Mas Idayu sentiasa berfikiran positif apabila memperkatakan mengenai topik tersebut.



''Saya percaya dengan perancangan syarikat rakaman. Lihatlah bagaimana mereka mengetengahkan artis seperti Zainal Abidin dan Sheila Majid ke dunia luar,'' kata Mas Idayu.



Menurutnya, dia percaya akan tiba masanya untuk dia menjejaki langkah mereka dengan muzik yang dipegangnya sekarang.

SLAMAT DATANG KE NEGERI DANGDUT

Berikut adalah bingkisan berita mengenai muzik Dangdut di Indonesia pada tahun 2003 yang lalu yang pernah tersiar du Utusan Malaysia dalam Ruanagan Jakarta Oh Jakarta



Selamat datang ke `negeri dangdut'



Jakarta Oh Jakarta Daripada Zulkefli Hamzah

SEMASA Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Nirmala pada konsert terbuka Es Campur Es Didi Kempot di Pantai Festival Ancol, Jakarta dua minggu lalu, ribuan pengunjung terus mengangkat tangan ke atas sambil meliuk-liukkan tubuh mereka.



Tak pedulilah jika lagu Siti Nurhaliza itu irama Melayu, yang penting mereka mahu bergoyang. Bergoyang dangdut. Inilah joget dangdut, tangan meliuk-liuk ke atas sambil pinggul digoyang mengikuti irama muzik yang mendayu-dayu.



``Saya amat mengagumi perkembangan muzik dangdut Indonesia. Artis dan karyawan seninya begitu tekun mempertahankan tradisi muzik dangdut meskipun pada masa yang sama menerima saingan muzik dari luar,'' kata Siti.



Walaupun hanya lima hari di Jakarta, menurut Siti, dia dapat melihat perkembangan dangdut secara lebih dekat kerana hampir setiap hari ada program dangdut di televisyen termasuk yang disiarkan secara langsung.



``Banyak konsert dangdut... hampir setiap malam di Jakarta. Saya juga lihat ramai artis lama dan baru merakamkan lagu-lagu dangdut,'' katanya. Siti turut sempat muncul secara langsung di televisyen Indonesia dalam program KD (Kris Dayanti) Show dan Es Campur Es, kedua-duanya program hiburan dangdut.



Kekaguman Siti terhadap populariti dangdut tidak setakat itu. Dia berharap pendekatan yang digunakan Indonesia mempopular dan mempertahankan muzik dangdut dapat diterapkan di Malaysia bagi mengembangkan irama Melayu.



Itulah dangdut yang dapat dilihat oleh seorang primadona irama Melayu. Dangdut sudah menjadi sajian sehari-hari di sini, ditambah pula keghairahan stesen televisyen membuka pintu dan berlumba-lumba untuk menyediakan slot khusus bagi muzik `kampungan' ini.



Tiada hari tanpa dangdut dan tidak lengkap rutin seharian tanpa bergoyang. Mungkin itulah ungkapan paling tepat untuk menggambarkan perkembangan pesat muzik dangdut di pelbagai stesen televisyen di negara ini.



Bermula pukul 7 pagi, sudah ada program dangdut di stesen televisyen. Televisyen Pendidikan Indonesia (TPI) yang popular dengan jolokan TV Dangdut menawarkan Kuiz Dangdut (7-8 pagi) dan In Dangdut (8-9 pagi). Kuiz Dangdut juga boleh diikuti pada malam Selasa (7.30-8.30 malam).



Surya Citra Televisyen (SCTV) pula popular dengan program Sik Asyik yang menyiarkan program itu dari pukul 8-9 pagi pada hari Isnin hingga Khamis.



Seakan-akan sudah menjadi kebiasaan, sambil menikmati sarapan sebelum ke tempat kerja, masyarakat Indonesia perlu terlebih dahulu `dipanaskan' dengan goyangan hot dangdut.



TPI yang sejak dulu sinonim dengan program-program dangdut ialah stesen televisyen paling ghairah mempopularkan dangdut. Selain Kuiz Dangdut dan In Dangdut, stesen itu juga menawarkan program Pesta Pesisir/Aduhai secara langsung pada setiap malam Sabtu.



Ia diikuti dengan SCTV yang mempertaruhkan Laris Manis pada setiap Rabu dari pukul 9 malam hingga 10.30 malam selain Gondangdia pada hari Khamis (7.30-8 malam).



Stesen-stesen lain seperti TVRI, Indosiar, RCTI, Trans TV, AN-teve, Lativi dan Global TV turut tidak ketinggalan dan sekurang-kurangnya mempunyai dua program tetap untuk dangdut.



Umum menganggap mana-mana stesen televisyen yang tidak mempunyai program muzik dangdut itu kuno. Ia sama ertinya tidak mengetahui perkembangan muzik yang digemari masyarakat. Setiap majlis perkahwinan hingga pesta konglomerat atau pak menteri, pasti ada dangdut.



Muzik ini selain dapat memeriahkan suasana juga mampu membuatkan hampir semua orang hilang malu untuk bergoyang. Tidak ada aturan tetap langkah kaki, gerak tangan, mahupun kedudukan badan berbanding samba, salsa, cha cha atau lain-lainnya.



Memang di luar dugaan. Siapa menyangka dangdut boleh digemari sedemikian rupa sehingga menjadi wabak dahsyat yang sukar dibendung walaupun hakikatnya rakyat Indonesia masih terpukul dengan krisis ekonomi.



Dangdut telah menjadi ubat untuk menghibur hati di kala kemuraman ekonomi ini. Dulu dangdut dipandang sebelah mata sebagai muzik kelas bawahan dan hanya sesuai untuk majlis-majlis keramaian di kampung-kampung.



Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini dangdut telah masuk ke hotel-hotel lima bintang, kafe dan istana presiden. Malah sukar untuk membandingkan mana penyanyi pop, mana penyanyi dangdut.



Selain album dangdut yang berselerak di pasaran, kemunculan penyanyi baru atau kemunculan semula penyanyi lama yang membawakan irama paling diminati di Indonesia ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan.



Bagi penggila dangdut tidak sukar untuk menghafal nama mereka. Ada Nunung Alvi, Ade Nurul, Aning Denadha, Nova Kharisma, Rana Rani, Santi Ramidhan, Yunita Ababiel, Cucun Novia, Luci Apriani, Gina, Sheila Dara Manis, Niken Arisa, Mala Madia, Yati Sentanu, Yulia Citra, Rosa Amelia, Shintania, Yenita Vera dan Thita Rosa.



Jika belum cukup, ada nama lain yang turut menghiasi layar televisyen seperti Eva Tamara, Evie Maria, Mia Violina, Okky Ardila, Ayu Almira, Rossi Milenia, Gadis Milenium, Trisna Lovia, Ikka Bella dan Kembar Srikandi.



Bagi orang Malaysia nama-nama ini tentunya begitu asing. Mereka muncul semasa `meledaknya' irama dangdut di Indonesia. Ini semuanya berkat perkembangan pesat akhir-akhir ini, semasa pelbagai stesen televisyen membuka pintu untuk muzik itu.



Kelas mereka sudah sama dan sudah lumrah bagi penyanyi yang dulunya bermegah serta fanatik dengan irama pop, beralih angin dengan menyelitkan lagu-lagu dangdut dalam album mereka.



Denny Malik umpamanya yang dulunya merupakan penyanyi pop, model dan pelakon berubah angin dengan memilih dangdut. Kesannya, sekarang siapa tidak kenal Denny Malik sebagai penyanyi dangdut?



``Aku enjoy dangdut. Shownya selalu dibuat di tempat terbuka, ertinya seorang artis perlu mampu membuatkan acara itu menarik kerana ditonton secara langsung oleh masyarakat,'' kata Denny Malik.



Bukan itu sahaja, ramai penyanyi pop dan pelakon popular pula tanpa segan silu menjadi pembawa acara dalam program-program dangdut sama ada yang disiarkan secara langsung atau rakaman. Dangdut telah menambah rezeki mereka.



Contohnya, Dessy Ratnasari yang beberapa kali menjadi pengacara dalam program-program dangdut di televisyen termasuk Digoda (Trans TV). Dessy yang beralih angin sejak akhir tahun lalu itu turut beberapa kali diberi kesempatan menyanyikan lagu-lagu dangdut.



Maklum sahajalah bayaran untuk tampil dalam acara-acara berkenaan cukup lumayan. Bagi artis yang sedang meniti karier bayaran untuk menyanyikan dua buah lagu tidak kurang RM1,000 manakala bagi yang sedang top kira-kira RM2,200.



Walaupun bayaran untuk penyanyi dangdut dinilai besar tetapi bagi stesen televisyen, dangdut tetap menjadi program yang dapat mengaut keuntungan khususnya dari iklan dan penajaan.



Untuk acara dangdut di sebelah pagi sahaja, contohnya TPI, harga iklan paling murah ialah RM2,200 per spot (30 saat). Jika ditayangkan selama sejam dengan tayangan iklan selama 12 minit, TPI dapat mengaut perolehan sebanyak RM52,000.



Tentunya perolehan akan bertambah besar jika tayangan itu dibuat pada waktu-waktu perdana dari pukul 7 malam sehingga 9 malam. Harga iklan termurah TPI pada waktu perdana itu ialah RM5,200 per spot.



Perolehan iklan pasti lebih besar setiap kali program itu ditayangkan secara langsung. Pesta Pesisir (TPI) rata-rata mengaut perolehan RM124,000, Joged (RCTI) RM130,000 dan Digoda (Trans TV) RM174,000.



Begitupun bagi program Pesisir yang kelihatan mewah itu, perolehan dari iklan itu masih belum mencukupi untuk menampung kos dan masih diperlukan penajaan yang biasanya perlu mengeluarkan wang senilai dengan biaya produksi.



Tetapi sekali lagi, tidak sukar untuk mencari penaja memandangkan konsert-konsert terbuka dangdut di luar studio mampu menarik kehadiran sekurang-kurangnya 5,000 penonton.



Lihat sahaja kehadiran Inul Daratista, yang goyang gerudinya menciptakan polemik sehingga membuatkan ulama marah tetapi pada masa yang sama ia mendapat restu masyarakat.



Begitu juga kemunculan penyanyi rock, Alam dengan suara serak-serak basahnya membawakan lagu Mbah Dukun telah memberi semacam tenaga tambahan bagi dangdut untuk terus menambat hati rakyat Indonesia.



Barangkali populariti muzik dangdut tidak akan menjadi seperti sekarang jika tidak ada orang seperti Elvy Sukaseh dan Rhoma Irama. Ratu dan Raja Dangdut itu sudah lebih sembilan tahun berjuang `membuka hutan belantara' muzik ini.



``Dulu menjadi penyanyi dangdut bukan satu pilihan hidup. Ia kerap dikaitkan dengan perkara-perkara buruk seperti wanita bar kerana sering pulang lewat malam. Tapi sekarang suasananya sudah jauh berubah,'' kata Elvy.



Tetapi baik Rhoma dan Elvy, perjuangan mereka membuahkan hasil lumayan. Bagi kedua-dua penyanyi senior ini, untuk sekali siaran di televisyen mereka dikatakan memperoleh bayaran mencapai ratusan ribu ringgit.



Sebenarnya dari mana asal dangdut? Ia dikatakan muncul pada tahun-tahun 1960-an semasa lagu-lagu Hindustan sedang memuncak di Indonesia dan Malaysia (Malaya). Irama Hindustan ini kemudiannya dimelayukan lalu dipanggil irama Melayu.



Walaupun iramanya bercampur baur antara Hindustan, Arab dan muzik etnik tempatan (Jawa, Sunda, Minang dan Madura) ia tetap dipanggil irama Melayu sehinggalah sebuah radio untuk golongan anak muda, Radio Agustina yang didirikan pada tahun 1966 menyebutnya dengan nama irama dangdut.



Pada awalnya ia mendapat bantahan termasuk oleh penyanyi dangdut sendiri dengan alasan ungkapan itu mencemarkan imej irama Melayu.



Tapi lama-kelamaan gelaran yang diberikan pada muzik berirama Melayu-Hindustan yang digunakan oleh Radio Agustina semakin diterima masyarakat manakala Radio Agustina yang memutuskan untuk menjadi saluran radio dangdut pada tahun 1970 terus popular.



Ternyata ghairah media mempersembahkan acara-acara khusus dangdut telah menyemarakkan lagi dangdut Indonesia. Penyanyi baru dengan goyang lebih menggoda dan panas bercampur baur dengan getar merdu suara penyanyi lama.



Tetapi apa pun keadaan dan suasananya dalam menghadapi protes sebahagian masyarakat serta saingan muzik Barat, mereka tetap bersama mengibarkan bendera dangdut.



Sebab itulah jika anda berkunjung ke Indonesia, ucapan pertama yang patut diberikan ialah selamat datang ke negeri dangdut. - MINGGUAN

APA KHABAR MUZIK DANGDUT



Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA

saharudin.musthafa@utusan.com.my



sekali lagi Utusan malaysia mengupas persoalan dan perkembangan lagu dan Muzik dangdut di Malaysia dan Indonesia melalu Mega, Selasa 16 Ogos 2011:



Apa khabar muzik dangdut?



PERSOALAN yang wajar ditanya oleh penggemar muzik ketika ini ialah apa khabar muzik dangdut?



Sama ada disedari atau tidak, muzik berkenaan semakin terpinggir daripada gelanggang industri muzik arus perdana.



Dangdut yang menurut sejarah muzik dikatakan berasal dari Indonesia juga semakin hari semakin tidak dipedulikan.



Itu realiti yang dapat dirumuskan mengenai persekitaran di Indonesia hari ini. Amat jarang sekali untuk mendengar lagu genre berkenaan di radio.



Bahkan, nama-nama besar yang memperjuangkan muzik dangdut juga sudah tidak aktif lagi.



Kalau sedekad yang lalu, superstar Inul Daratista yang terkenal dengan nyanyian dan geleknya yang penuh erotik dipuja ramai, kini dia sudah semakin sepi daripada arus industri muzik.



Sebelum Inul muncul sebagai ikon dangdut, penyanyi-penyanyi senior lain yang cukup masyhur ialah Rhoma Irama, Elvy Sukaesih, Camelia Malik dan ramai lagi.



Ketika era penghibur-penghibur tersebut, dangdut adalah seperti santapan harian masyarakat Indonesia.



Di mana-mana saja muzik genre itu dengan mudah mendapat perhatian sehinggalah beberapa tahun lalu, ia mula diketepikan oleh stesen-stesen radio.



Sebetulnya, nasib dangdut di Indonesia hari ini menjadi persoalan yang cukup besar di kalangan penggiat muzik itu kerana ia kini melalui zaman-zaman malap.



Nasib dan masa depan muzik dangdut di Indonesia turut mendapat perhatian sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan, The Jakarta Post yang mencetuskan persoalan apakah kegemilangannya sudah berakhir.



Justifikasi pada kesuraman muzik dangdut dapat dilihat menerusi kajian yang dilakukan oleh agensi kaji selidik, AC Nielsen Indonesia pada tahun ini.



Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan, daripada 14 juta pendengar radio di kotaraya Jakarta, hanya 28 peratus saja mendengar muzik dangdut pada suku pertama tahun ini.



Angka pendengar muzik dangdut menurun kepada 26 peratus pada separuh pertama tahun ini.



Menurut Hariyo Hadiwaseso dari agensi berkenaan seperti dilaporkan akhbar itu baru-baru ini, populariti muzik dangdut jatuh dengan mendadak bermula tahun 2007.



Penurunan populariti dangdut disebabkan oleh kemunculan muzik pop Indonesia yang mula mengambil alih kedudukannya.



Alasan yang dikemukakan itu barangkali ada benarnya kerana sejak kebelakangan ini, gelanggang muzik Indonesia semakin meriah dengan kehadiran artis solo serta kumpulan yang memperjuangkan muzik pop.



Negara Indonesia yang didiami oleh hampir 240 juta penduduk melahirkan artis baru hampir setiap hari.



Jika mahu disenaraikan barisan artis baru yang muncul, tentunya halaman ini saja tidak cukup untuk mengumumkannya.



Dengan ledakan teknologi dan pendedahan anak-anak muda terhadap muzik dunia ia dengan mudah membuatkan dangdut dilupakan.



Keadaan itu juga menyebabkan stesen-stesen radio di negara ini memilih untuk menyiarkan lagu-lagu yang memiliki elemen baru.



Sebaliknya, karya-karya yang bersandarkan pada nostalgia lalu sudah tidak memberi erti lagi kerana jumlah yang mendengarnya juga tidak mungkin untuk menarik perhatian para pengiklan.



Di Malaysia juga, muzik dangdut sudah tidak lagi diperkatakan.



Pejuang-pejuang muzik dangdut seperti Amelina, Iwan, Mas Idayu, Ifa Raziah, Haiza tentunya juga sudah semakin tawar hati kerana aliran muzik sedemikian bukan lagi diminati ramai.



Sebaliknya, muzik-muzik yang dipopularkan oleh band-band indie semakin mendominasi pasaran muzik tanah air.



Friday, July 8, 2011

Pemenag Anugerah Musik Indonesia AMI 2011

Ridwan Syam 07 July 10:23

Daftar Pemenang AMI AWARDS 2011 di Bidang Dangdut

BIDANG DANGDUT

Solo Wanita/Pria Terbaik: Evie Tamala - Akhir Sebuah Cerita

Duo/Group Dangdut Terbaik: 3 Kembang - Kegagalan Cinta

Lagu Terbaik: Akhir Sebuah Cerita - Evie Tamala

Produser/Penata Music Terbaik: Akhir Sebuah Cerita - Evie Tamala - Fris Arsudi

BIDANG DANGDUT KONTEMPORER

Artis Solo Wanita Terbaik: Erie Suzan

Artis Solo Pria Terbaik: Beniqno - Pujaan hati

Lagu Terbaik: Cinta Dibuat-Buat - Cici Paramida Dan Siti Rahmawati

Produser/Penata Music Terbaik: Cinta Dibuat-Buat - Cici Paramida Dan Siti Rahmawati

BIDANG DANGDUT MELAYU

Karya Produksi Dangdut Melayu Terbaik: Cici Paramida - Gadis Melayu

BIDANG DANGDUT BERBAHASA DAERAH

Karya Produksi Dangdut Berbahasa Daerah Terbaik: Sonny Josz - Suramadu

BIDANG DANGDUT HOUSE/TECHNO

Karya Produksi Dangdut House/Techno: Melinda - Cinta Satu Malam

Selamat Buat Para Pemenang dan Sukses Untuk Musik Dangdut.
Hidup

Friday, April 15, 2011

Kekesalan Ruslan Mamat

(Petikan Tulisan : Hasnurul Mohamed)

"Sepak Tunggul....semuanya secara kebetulan apabila saya mencipta lagu berentak dangdut. Jika berbicara tentang muzik, muzik ini berpusing. Ia ada zaman Vakum, ia juga bermusim. Muzik adalah mengikut peredaran zaman, berubah mengikut teknologi tetapi penyanyi lagu-lagu dangdut yang sejati tidak akan berubah.

Penyanyi lagu-lagu dangdut adalah seorang penghibur yang berbakat. Ini kerana untuk melantukan lagu-lagu dangdut vocal mesti hebat. " mengapa saya kata begitu? sebab dangdut kontemporari seperti yang dibawakan oleh Amelina tidak bersandarkan kepada gelek"

Begitulah bicara yang yang menjadi pembuka kata komposer yang juga penerbit album dangdut, Ruslan Mamat yang meluahkan pandangannya mengenai muzik dangdut di Malaysia. Ruslan berkata generasi hari ini tidak menyedari bahwa lagu-lagu yang dinyanyika oleh kumpulan One Nation Emcess ataupun kumpulan Ahli Fikir dari Singapura, adalah lagu2 yang melodinya diselitkan elemen dangdut.

Bagaimanapun sukar untuk difahami mengapa dangdut dipandang remeh oleh sesetengah pihak yang snaggup meletakkannya sebagai kelas bawahan. " Saya kecewa setiap kali bercakap tentang dangdut disini. Bertahun lamanya saya memendam rasa kesal apabila irama yang seindah itu direndah-rendahkan."

"Bukan orang luar yang merendahkan dangdut tetapi kita sendiri sedangkan dalam muzik tidak ada kelas-kelas. Era kegemilangan Dangdut di Malaysia adalah era Amelin dan Iwan. Hilangnya Amelina dari persada seni hilanglah semuanya.

"Sepuluh tahun akan datang, bukan sahaja tidak muncul seorang penyanyi dangdut seperti Amelina, tetapi juga tidak mungkin dangdut dikembalikanpada kedudukan yang pernah dikecapi oleh semua penerbit album dan penyanyi lagu2 dangdut" Luah Ruslan Mamat melemparkan pandangan kosong.

Walau pun dia akur dengan keadaan muzik bermusim, cerita Ruslan, dizaman kegemilangan Irama Dangdut dalam industri muzik, pendapatan penyanyi dangdut pernah mencecaj RM40,000.00 sebulan. Itulah Anggaran pendapatan Ameluian...paling busuk, hasil daripada show, dia adapat RM30,000.00 sebulan.

Tetapi sekarang janag kata penyanyi dangdut nak mengecapi perrolehan macam itu,, kita yang jadi penerbit album dangdut lagi teruk, katanya terus terang. Katanya lagi penyanyi dnagdut tidak perlu gelek atau gedik. Cukup dengan mengangkat tangan, memberikan isyarat satu jari dan membuat satu pusingan.

"Begitulah persemmbahan Amelina. Dia sendiri tidak pernah geek kerana kekuatan vokalnya sudah cukup untuk melantunkan lagu-lagu dangdut. Mas Idayau juga tidak gelek keterlaluan. Mungkin saya perlu jelaskan disini, dangdut kita bukan dangdut tulin seperti yang bertapak di Indonesia, dibawakan oleh Rhoma Irama.

Dangdut kita dangdut moden, dangdut pop. Kalau nak buat senamrobik inilah tempo yangs esuai. Kebanyakan penyanyi dangdut Indonesia, kaya raya belaka, termasuklah Inul yang gelek gerudi sampai kelantai.

Penyanyi dangdut kita ada keterampilan, bukannya lucah seperti mana pandangan mereka yang bencikan ireama ini, tegasnya. Ruslan Berkata sudah sampai masanya mentaliti dangdut dipandang sebagai muzik kelas kedua diubah.

Komen Dhangduter:

1) Menjadi penyanyi dangdut atau menyanyikan lagu dangdut bukanlah sesuatu yang mudah. Memang penyanyi danagdut memiliki kekuatan vokal yang baik. Penyanyi rock atau Jazz belum tentu boleh menyanyi lagu Dangdut atau lenggok melayu dengan baik tetapi penyanyi dnagdut mampu menyanyikan lagu genre lain dengan baik (Contoh : Rere (Dangdut Bosas), Erie Suzan (Dangdut R&B, Blues -album Jangan Buang Waktuku), Adi Sahrul (Lagu Sendiri, Terlena di ubah ke dangdut R&B), Iyeth Bustami (Zapin Dut - Laksaman Raja Di Laut)

Tidak Mungkin Bangkit Semula.....Iwan

(Petikan Tulisan : Hasnurul Mohamed)
Musik Dangdut yang dibawa oleh Ratu Dangdut dan Raja Dangdut, Iwan dan Amelina pernah menguasai industri muzik tanahair sekitar tahun 1990-an. Ketika itu, lagu Memori Daun Pisang (oa: Solid AG & Ine Cinthya) dan Semakin Rindu Semakin Asyik menjadi siulan anak-anak muda. Kemunculan Amelina pada tahun 1994 dengan album sulungnya, Amelina mambuka ruiang yang cukup bagi penyanyi lain seperti Mas Idayu, Sheeda Angkat kaki, Haiza, Ani Maiyuni dan Shikin untuk melahirkan album berentak dangdut.

Ketika Amelina muncul dengan album ke-2nya berjudul Asyik, syarikat rakaman mengaut untung hasil jualan album penuh dan kompilasi dangdut. Bahkan ada individu yang pernah menerajui syarikat rakaman bertaraf antarabangsa mengalami kerugian RM5 juta ekoran tindakannya membeli sebuah syarikat rakaman tempatan, mengalami kerugian. Hasil jualan album-album dangdut membolehkannya individu berkenaan melunaskan segala hutangnya.

Sebenarnya perintis lagu-lagu dangdut dalam industri muzik tempatan adalah Zaleha Hamid, tetapi dengan kemunculan Amelina yang mengetengahkan konsep dsangdut kontemporari mencetuskan fenomena dangdut di negara ini. Simbiosis antara Amelina bersama Iwan terus melonjakkan irama dangdut yang bukan sahaja gah dipasaran tempatan tetapi juga kepasaran muzik Indonesia da Jepun.

Ketika dngdut berada diera kemuncaknya, sebuah stesen radia enggan memutarkan lagu irama dangdut dengan alasan ia adalah muzik kelas bawahan, dangdut bukan lagu kita, bukan lagu tempatan. Tidak cukup denmgan mengharamkanm dangdut, irama itu terus dipukul oleh pihak yang sama dengan mengklasifikasikannya sebagai muzik kelas bawahan. Dalam erti kata ynag lain, penggemar lagi-lagu dangdut adalah low class.

Sedangkan muzik adalah bersifat universal tiada kelas atasan,pertengahan atau bawahan. Mengapa perlu dangdut dipandang jijik, jelek dan kotor oleh pihak yang sepatutnya membantu irama itu duduk di salah satu sudut dalam industri muzik tanah air?

Jika seseorang itu benar-benar bencikan elemen dangdut dalam sesebuah lagu, mengapa ramai yang terkinja-kinja apabila mendengar lagu tema piala dunia 2010, waka waka nyanyian Shakira? Jika pelantun lagu Waka Waka itu Mas Idayu, Sheeda, Haiza Shikin , Ani Maiyuni, adakah ia diterima mereka yang memandang hina kepada irama Dangdut? Atau Ditelan saja keangkuhan dengan mengatakan itu adalah World Music!

Ulasan Dhangduter :

1) Secara umumnya di Malaysia semua tahu radio mana yang mengharamkan dangdut. Sejak dahulu hingga kini, radio yang memperjuangkan lagu Melayu tersebut mengharamkan dangdut. Kadang-kala ia sendiri terperangkap dengan pengharamannya kerana terdapat banyak juga lagu pop Indonesia sekarang yang menyuntik elemen dangdut dalam muzinya khasnya lagu dari band-band mereka seperti lagu Hampa Hatiku (Ungu feat Iis Dahlia)

2) DiMalaysia juga terlalu banyak drama atau kisah yang disiarkan di TV yang menonjolkan dangdut itu kotor dan menjijikkan, peruntuh rumahtangga dll.Fenomena ini sering ditonjolkan dalam babak di Nite Club, dimana orang separuh umur atau golongan tua menari, berpeluk dan mabuk2 bersama pelayan kelab atau GRO). Hasilnya secara umumnya semua orang berpendapat Dangdut itu hanya untuk golongan tua.

3) Di Malaysia tidak ada langsung program yang menayangkan perkembangan lagu dangdut yang terkini (sudah tentunya dari Indonesia). yang dipaparkan hanya media hanya kisah Goyang Gerudi sahaja. Sedangkan di negara asalnya ia sudah memasuki fasa terbaru dengan menggabungkan dangdut dengan muzik Melayu, R&B, Rock Dll. Lihat sahaja pada lagu2 nyanyian Saiful Jamil (Jangan Bilang2, Tulus dan Jujur), Safar KDI (Putar Haluan), Iyeth Bustami, Group 8 Diva Dangdut (Sabda Cinta), Ikke Nurjanah, Puji Andhyna 9Cemburu, Erie Suzan (Jangan Dekati Aku) Dan ramai lagi

Wednesday, April 13, 2011

Sheeda Tidak Angkat Kaki (Petikan Utusan Malaysia 12.4.2011)

(Petikan Tulisan : Hasnurul Mohamed)

Bagi pemilik nama penuh Rashidah Hamid atau Sheeda memulakan langkah sebagai penyanyi dangdut pada tahun 1996 menerusi album Angkat Kaki yang terjual sebanyak 50,000 unit. Setahun kemudian Sheeda tanpil dengan album Puteri Dangdut berkata, sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah mentaliti sesetengah pihak yang bersikap prejudis terhadap irama Dangdut.

Katanya, sekiranya industri muzik negara ini berkembang dengan sihat, stesen2 radio ini perlu membuka minda agar lagu2 dangdut tidak dipinggirkan. Tegasnya apabila sesetengah stesen radio enggan memutarkan lagu dangdut ia akan menjadi ikutan stesen radio lain."Walaupun yang tinggal pada masa ini tidak ramai, dia akan terus memperjuangkan irama ini. Belia menambah walaupun tidak ada album baru, namun show penyanyi dangdut tetap ada. Beliau yang pernah tampil bersama Amelina menerusi lagu Secangkir Madu Merah (Oa Itje Trisnawaty)

Kalau di India atau di Indonesia, artis2 dangdut bertapak berpuluh tahun lamanya kerana mereka disokong oleh rakyat negara masing-masing. Beliau menambah sifat merendahkan muzik dangdut adalah kerana adanya rasa cemburu dengan irama ini kerana bukan semua penyanyi mampu menyanyikan lagu ini dengan baik ujarnya.

Sheeda yang pernah mencapi jualan album 450,000 unit melalui album Dang Dang Dut 1 yang mengandungi lagu Gadis Atau Janda, memperjelaskan sekiranya gelek yang menyebabkan menjadi masalah sehingga membunuh terus muzik dangdut, itu boleh diperbaiki.

(Ulasan; Kenyataan Sheeda memang jelas kebenarannya. Ramai penyanyi Dangdut Indonesia yang tak perlu goyang atau gelek tetap menjadi Artis Top seperti Evie Tamala (kini bertudung), Ikke nurjanah, Cici Faramida, Iyeth Bustami, Anies Fitriyah, Erie Suzan Dll)

Mas Idayu - Dangdut Versatile (Petikan Utusan Malaysia 12.4.2011)


(salah satu daripada album Mas Idayu - Dunia Cinta)

(Petikan Tulisan : Hasnurul Mohamed)

Dangdut Versatil - Mas Idayu..

Antara Mas Idayu, Sheeda, Haiza ataupun Shikin, tiada seorang pun yang menyandang gelaran Ratu danmgdut selepas Amelina menyepi dari Industri Muzik tanah air. Walaupun Mas Idayu dirasakan boleh menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Amelina, namun selepas 10 tahun, gelaran itu tetap tidak disandang oleh mana-mana penyanyi dangdut lain.

Ketika bertemu Mas Idayu baru2 ini, dia yang pernah melahirkan album berkonsepkan dangdut bersam asyarikat rakaman Warner Music, Cintaku 100% memberitahu, jiwanya sebagai penyanyi dangdut masih utuh."Memang tiga album pertama saya bukan borkonsep dangdut. Album pertama yang memuatkan lagu Gelora Cinta berkonsepkan rock.

"Album kedua, Cinta Dan Adat ialah sebuah album berkonsep komersil pop, album ke 3 pula Remix 70-an bersama A Razak Ismail. Apabila tampil album ke -4 berkonsepkan dangdut, Cintaku 100%, saya telah jatuh cinta dengan irama ini.

"Itulah titik pertama saya untuk terus memperjuangkan irama dangdut, biar pun ada yang memandang sebagai muzik kelas bawahan" kata pemilik album Dunia Cinta (1997), Bolehlah Boleh (1999), Mas Idayu 1001 (2002) dan Kekal 1001 (2008)

Menurut Mas Idayau yang mesra dipanggil Ayu, dia mengakui, apabila Amelina muncun dengan album Rindu (1995)dia pula dengan album Cintaku 100%, mereka bersaing untuk meletakkan diri di kedudukan terbaik dalam industri muzik. Bagaimanapun, dia akur apabila gelaran itu diberikan dan memihak kepada Amelina.

Apabila Ratu Dangdut itu menghilang, ramai yang memandang kepada beliau sebagai pengganti."Saya tidak pernah beranggapan diri saya sebagai pengganti Amelina atau pemegang gelaran Ratu Dangdut. Apa ynag saya lakukan dahulu sampai sekarang iailah terus memperjuangkan irama dangdut dengan harapan, lagu-lagu dangdut tidak terus dipinggirkan.

"Bukan untuk mendabik dada tetapi sekadar memberitahu umum bahawa penyanyi dangdut adalah versatil. Bagi apa saja lagu kepada kami, kami boleh menyanyikan dengan baik." katanya.

Ayu tertanya2 mengapa lagu-lagu yang dikatakan genre atasan seperti jazz, blues, r&b soul maupun pop yang dibawa dari luar, diberikan sokongan oleh radio tempatan. Bagi dirinya, tiada beza jika muzik dangdut dibawa dari Indonesia atau mempunyai pengaruh lagu Hindustan kerana muzik adalah universal.

"Saya berharap sangat stesen radia membuka ruang kepada semua jenis muzik atau irama seperti yang diamalkan oleh stesen Radia berfrekuensi 180, Muzik Aktif, katanya.

Tuesday, April 12, 2011

Shikin - Jangan Anak Tirikan Dangdut (Petikan Utusan Malaysia 12.4.2011)


(Album Yang...Yang...Yang)
(Petikan Tulisan : Hasnurul Mohamed)

" Orag melihat kami penyanyi lagu-lagu Dangdut ini bersidai di kelab-kelab dangdut. Sedangkan pada hakikatnya, kedudukan kami bukan disitu. Lebih mudah kalau kita menyanyi tanpa perlu gelek sana sini. Lagi pun Dangdut moden kontemporari yang dirintis Amelina, tidak memerlukan kita gelek gerudi seperti Inul dari Indonesi".

:Apa yang dimushkilkan adalah kami penyanyi2 dangdut di Malaysia ini, kita sendiri tidak tahu mengapa tidak ada orang dalam Industri ini meletakkan muzik Dangdut berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan genre2 lain. Sebaliknya lebih rela melihat muzik ini mati, dihina, dikelaskan sebagai muzik bawahan" kata shikin yang begitu kecewa apabila irama dangdut dianaktirikan dalam industri muzik tanah air.

Shikin yang muncul dengan album sulungnya Yang...Yang..Yang (1998) turut memberikan pandangannya bahawa selepas era Mas Idayu, Sheeda, Haiza, dan Ani Mayuni, tiada penyanyi dangdut wanita yang muncul sebagai pelapis.

"Habis Era kami, habislah. Untuk tampil sebagi penyanyi dangdut, hati seseorang itu mesti ikhlas. Tidak perlu berpura-pura kerana di genre muzik mana sekalipun perlu ada keikhlasan. Tidak mustahil 10 tahun lagi generasi muda bukan sahaja terpaku apabila mendengar Amelina bukan sahaja mewarnai persada seni tetapi mendominasi muzik Malaysia". Kata Shikin yang pernah berkongsi albim 5 Ratu Dalam Pesta Dangdut (1997) bersama Ayati tasrip,Wan dan Maslena

* Fakta tentang Shikin : Seorang penyanyi dangdut sejati kerana beliau bukan saja ikhlas menyanyikan lagu dangdut bahkan pernah berkata hidup matinya bersama dangdut.

...artikel selanjutnya..

Haiza - Terus Cari Rezeki...(Petikan Utusan Malaysia 12.4.2011)

Haiza...Seorang lagi Bintang Dangdut Populaar Malaysia..Dengarkan komen & ulasan Haiza
(Petikan Tulisan : Hasnurul Mohamed)

Tujuh album dangdut yang pernah dilahirkan oleh Rohaizah Nordin menjadi platform untuk dia terus melangkah sebagia penyanyi dangdut. Walaupun anak kelahiran Benut, Pontian Johor ini lebih dikenali dengan nama Haiza Dag Dig Dug dan sering menjadi pengacara di pesta atau karnival, memperjuangka nmuzik dangdut adalah keutamaannya.

"Saya sependapat dengan penyanyi dangdut lain yang mana irama dangdut bukanlah kotor. Semua berhak untuk mendengar muzik yang digemari tetapi apabila dikategori-kategorikan muzik, saya tidak setuju sama sekali", kata pemilik album Yang No 1, Kompilasi wajah-Wajah Haiza, Tunggu Dulu sabar Dulu, Haiza Akustika, Semarak dangdut dan Dang Dang Dut 3.

Haiza menambah adalah salah tanggapan jika disebut perkataan dangdut, orang berfikir ia adalah dinyanyikan oleh penyanyi gedik (Di Indonesia disebut Norak dengan pakaian seronok (menjolok mata)

Katanya ada juga penyanyi yang menjadikan irama dangdut sebagia batu loncatan kerana golongan ini tidak ikhlas dalam meneruskan kesinambungan yang pernah dilakarkan oleh Ratu Dangdut, Amelina.

"Saya memohon, jangan lagi irama dangdut dihina kerana muzik itu tiada sempadannya tetapi ia boleh membwa kepada penyatuan." katanya

...bersambung

Iwan Tenggelam. Dangdut Mati...(Petikan Utusan Malaysia 12.4.2011)


Iwan Tenggelam. Dangdut Mati...
(Inilah cover album Karaoke Iwan yang terakhir, yang hanya menyelitkan 1 lagu baru gubahan Arief Iskandar, (Mas Iik) seorang penggubah muzik dangdut kontemporari Indonesia yang terkenal pada masa ini. Lagu tersebut berjudul Jalan Lurus, yang bertemakan keagamaan)

(Petikan Tulisan : Hasnurul Mohamed)

Wan Shahman Wan Yunus atau lebih dikenali dengan panggilan Iwan secara peribadinya berkata, irama dangdut telah lama berkubur dan tidak mungkin akan bangkit kembali.

Kata pemilik album Cinta Gunawan, kalau boleh dia enggan mengulas tentang kematian muzik dangdut dalam industri muzik tanah air kerana dia telah banyak berubah dan tidak lagi menerbitkan album dangdut.

Bagaimanapun, pelantun lagu Fantasia Musim Cinta ini,tidak dapat lari daripada menjawab soalan hits kerana kunci kegemilangan dangdut dipegang olehnya bersama Amelina.

"Dangdut sudah lama hilang, Ia pergi bersama Amelina dan saya akui, diri saya juga tenggelam sejak ketiadaan dia'.

"Selepas Amelina menyepikan diri daripada industri hiburan, memang tidak ada satu pun penyanyi yang boleh menggantikan tempatnya.

" Hanya dia sahaja yang mampu dan pernah mengangkat irama dangdut di Malaysia ke tahap yang paling tinggi." kata penerbit, komposer dan penyanyi lagu-lagu berirama dangdut ini dalam pertemuan eksklusif di studionya di Sentul, baru-baru ini.

Kebetulan

Kata Iwan yang pernah menerbitkan album Superduet Hits (1998), Dang Dang Dut 2 (1998), 5 Ratu Dalam Pesta Dangdut dan banyak lagi, zaman kegemilangan dangdut yang pernah dikecapinya kini tinggal kenangan.

Baginya, waktu yang berubah banyak mengubah dirinya dan tidak mungkin di dapat putar semula zaman kegemilangan dangdut."memang benar, tiada sesiapa pun mampu untuk berbuat apa sahaja untuk kembalikan dangdut dipersada muzik hari ini.

"Lihatlah saya, hilangnya pasangan duet (Amelina) yang amat sesuai dan secocok dengan saya, tidak boleh tempatnya diganti oleh penyanyi lain. "inilah hakikatnya, sekali pun orang dari dalam industri muzik yang membunuh muzik dangdut, itu sekadar faktor kebetulan.

"Sebenarnya kekuatan muzik dangdut terletak di tangan Amelina dan ianya sudah berakhir". Kata Iwan yang tidak lagi ghairah untuk mengikuti perkembangan dangdut.

Kata Iwan lagi apabila tiada muka baru (penyanyi) yang sanggup menyanyikan lagu-lagu berentak dangdut, irama itu akan terus dilupakan. Hanya jika ada yang sanggup, mungkin dangdut boleh didengarkan lagi tetapi bukan sebagai genre lagu yang popular.

...bersambung...

Dangdut Berkubur????.....(Petikan Utusan Malaysia 12.4.2011)

Dangdut Berkubur...

Sebelumnya terima kasih buat akhbar Utusan Malaysia yang sudi mengeluarkan artikel dengan kupasan yang panjang lebar mengenai Muzik Dangdut dalam konteks kedudukannya dalam industri muzik Malaysia.

Apa sudah jadi dengan irama dangdut di negara ini yang suatu ketika dahulu jualana lbumnya mencecah anugerah platinum. Adakah tidak lagi diterima hingga penyanyi dan pencipta lagunya menyepi? Atau ia dibunuh oleh penyokong industri muzik itu sendiri selain tiada kerjasama stesen radio.

...bersambung

Thursday, March 31, 2011

Selamat Jalan Fazal Dath



Innalillah hiwainnalillah hirojiun...Fazal Dath telah kembali ke Rahmatullah pada 29 Mac 2011. Beliau merupakan pencipta, penyanyi dan producer Dangdut terkemuka Indonesia. Banyak lagu-lagu Fazal Dath yang popular yang dinyanyikan oleh berbagai penyanyi dan era yang berbeza dan Genre Dangdut yang berbeza. Antara lagu popular ciptaannya adalah Benang Biru dan Senyum Membawa Luka (Meggy Z), Aku Bukan Hidangan (Hetty Sundjaya), Aduh Upik, Aduh Buyung dan banyak lagi.

Tuesday, October 27, 2009

Elya Khadam - DIVA Dangdut Sejati

Bagi generasi sekarang, jarang yang tahu nama Elya Khadam. Pada hal pengaruhnya sangat besar khasnya dalam dunia muzik Dangdut Indonesia dan Muzik Melayu amnya. Sehingga hari ini suaranya tetap sama seperti masa lalu, Bening, jeernih dan lenggok Dangdutnya sangat tersendiri atau sangat khas.

Bagi yang tidak mengenalinya akan menyebutnya Nenek Centil. Ini kerana umurnya yang sudah mencapai usia 70 tahun lebih. Apa lagi kalau beliau memakai pakaian ala India yang sering di lakukannya. Mungkin orang akan menyangka beliau orang India asli kerana suaranya yang sangat unik seperti suara penyanyi dari India.

Elya Khadam lahir jauh dari era Rhoma Irama atau Elvy Sukaesih. Memasuki dekad 1960, Elya Khadam sudah menciptakan hits dan demam umum terhadap lagu yang bersyair India. Antara lagu hitsnya adalah Vavan Kamahina Pavana Karosele (Bulan Ini Bahagia Kerana Cinta)dan Mandolin Maratan Dole (Suara Suling Memanggilmu) Beberapa penyanyi dangdut senior mengakui melalui Elya Khadamlah mereka mengenal muzik Dangdut yang sebenarnya. Seperti Mansyur S yang mengakui, belajar menyanyi pertama kali dari Elya sekitar tahun 1960. Begitu juga Elvy Sukaesih yang menyebut Elya adalahsalah satu penyanyi dangdut yang sangat dikaguminya

Nama Elya Khadam bukan saja dikenali di Indonesia tetapi juga diseluruh Nusantara. Lagunya yang berjudul Janji dan Kau Pergi Tanpa Pesan. Siti Nurhaliza juga pernah merakamkan semula lagu Janji mengikut versi beliau. Lagu Kau Pergi Tanpa Pesan pula begitu terkenal sebagai lagu yang paling banyak dirakamkan oleh artis Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia ada versi Dato' M Daud Kilau, Syarifah Aini, Aisyah atau mungkin Ratu Dangdut Malaysia Zaleha Hamid.

Elya Khadam sebenarnya adalah berdarah Betawi. Karier nyanyi beliau bermula sejak kecil kerana hobinya menyanyi. Sekitar tahun 60an yang lalu pentas dangdut tidak sepopular sekarang namun Elya sering mendapat undangan. Lagu yang mengangkat namanya hingga puncak populariti adalah Boneka Dari India.

Memasuki tahun 1970-an, barulah bermunculan nama-nama baru dalah arena muzik Dangdut Indonesia walaupun ketika itu Dangdut dianggap muzik kelas ke2. Rhoma irama dan Elvy Sukaesih yang muncul dengan membawa pembaharuan dalam muzik Dangdut. Namun Elya tetap popular dan salah satu lagunya adalah Ingin Jadi Seperti Penyanyi India yang jadi lagi pilihan peminat Dangdut ketika itu.

Dangdut memang mengalami banyak revolusi. Dngdut juga boleh digabungkan dengan apa jua jenis muzik seperti Rock (Rhoma Irama & Sonetany), Fusion (Camelia Malek & Reynold Panggabean - OM Tarantulla), Disco (Jeffery Bule & Doel Sumbang) Pop (Bartje Van Houten), Jazz (Rere). Elya juga membawa pengaruh dengan mencampurkan Dangdut dengan India. Ini diikuti Mansyur S yang berkolobrasi dengan muzik Hindustan.

Tidak hairan kalau Elya Khadam berjaya mendapat penghargaan Anugerah Dangdut TPI 200 kerana jasa dan peranan beliau mengembangkan Dangdut. Anugerah ini diberikan bersama Radio ASM Mangkoedilaga. Elya juga khabarnya masih bersemangat untuk membincangkan muzik Dangdut. Tidak Hairan kalau Elya khadam adalah DIVA Dangdut yang Sebenarnya. Lihat beberapa cover album lama Elya khadam.



















Download mp3 via MediaFire
  • Elya Khadam - Wahai Sayang
  • Elya Khadam - Tak Jemu Menggoda
  • Elya Khadam - Maafkanlah
  • Elya Khadam - Tak Suci Lagi
  • Elya Khadam - Akele Akele
  • Elya Khadam - Buruk Sangka
  • Elya Khadam - Pernyataanku
  • Mansyur S & Elya Khadam - Tukang Foto


    Download Hits MP3 Via MediaFire:
  • Ellya Khadam - Mari Kemari
  • Ellya Khadam & Mansyur S - Tukang Jamu
  • Ellya Khadam & Mansyur S - Bintang Dan Sutradara
  • Ellya Khadam & Mansyur S - Miskin
  • Ellya Khadam & Mansyur S - Jangan Ragu
  • Ellya Khadam & Mansyur S - Pandai Berdusta
  • Elyya Khadam - Bisikan Cintaku
  • Elyya Khadam - Saat Perpisahan
  • Ellya Khadam & Mansyur S - Abang Sayang

    Download Hits MP3 Via MediaFire:
  • Ellya Khadam Feat Anno Garut - Jakarta India (Ellya Khadam)
  • Ellya Khadam - Pintaku (Ellya Khadam)
  • Ellya Khadam - Bulan Purnama (Ellya Khadam)
  • Ellya Khadam - Bang Yahya (Nordin MS)
  • Ellya Khadam - Bebaskan Aku (Jaja Nehizta)
  • Ellya Khadam - Dua Pacar (Ellya Khadam)
  • Ellya Khadam - Ingin Kembali (Ellya Khadam)
  • Ellya Khadam - Pengantin Yang Gagal (Ellya Khadam)
  • Ellya Khadam - Ellya (Nordin MS)
  • Ellya Khadam - Laki-Laki Pilihan (Ellya Khadam)
  • Ellya Khadam Feat Nordin MS - Sibuta Jatuh Cinta (Ellya Khadam)

    Koleksi Klasik Elya Khadam:
  • Ellya Khadam - Janji
  • Ellya Khadam - Kau Pergi Tanpa Pesan
  • Ellya Khadam Feat Rhoma Irama - Menang Lomba Joget
  • Ellya Khadam Feat Rhoma Irama - Tukang Ramal
  • Ellya Khadam - Malam Berbintang


    Download Non-Stop Dangdiut MP3 Via MediaFire:
  • Mana Tahan - Kekasih - Penantian
  • Ellya Khadam - Salome - Nikmat Dunia
  • Senyuman Pertama - Qais Dan Laila - Senyuman Pertama
  • Cinta Pertama - Abdullah - Akuilah Dia
  • Akuilah Dia - Assoi - Mana Janjimu
  • Mr Hay - Marilah - Jangan sembarangan
  • Jangan Bimbang - Sumpah Setia - Pasangan Hidup - Karena Senyuman
  • Thursday, September 17, 2009

    Sejarah Muzik Dangdut Indonesia



    Dangdut merupakan salah satu dari genre seni musik yang berkembang di Indonesia. Bentuk musik ini berakar dari musik Melayu pada tahun 1940-an. Dalam evolusi menuju bentuk kontemporer sekarang masuk pengaruh unsur-unsur musik India (terutama dari penggunaan tabla) dan Arab (pada cengkok dan harmonisasi). Perubahan arus politik Indonesia di akhir tahun 1960-an membuka masuknya pengaruh musik barat yang kuat dengan masuknya penggunaan gitar listrik dan juga bentuk pemasarannya. Sejak tahun 1970-an dangdut boleh dikatakan telah matang dalam bentuknya yang kontemporer. Sebagai musik populer, dangdut sangat terbuka terhadap pengaruh bentuk musik lain, mulai dari keroncong, langgam, degung, gambus, rock, pop, bahkan house music.

    Penyebutan nama "dangdut" merupakan onomatope dari suara permainan tabla (dalam dunia dangdut disebut gendang saja) yang khas dan didominasi oleh bunyi dang dan ndut. Nama ini sebetulnya adalah sebutan sinis dalam sebuah artikel majalah awal 1970-an bagi bentuk musik melayu yang sangat populer di kalangan masyarakat kelas pekerja saat itu.

    Berikut adalah nama-nama beberapa tokoh penyanyi dan pencipta lagu dangdut populer yang dibagi dalam tiga kelompok kronologis, sesuai dengan perkembangan musik dangdut:

    Pra-1970-an
    Husein Bawafie
    Munif Bahaswan
    Ellya Khadam
    Mohammad Mashabi @ M. Mashabi
    Johana Satar
    Hasnah Tahar

    1970-an
    A. Rafiq
    Rhoma Irama
    Elvy Sukaesih
    Mansyur S.
    Mukhsin Alatas
    Reynold Panggabean
    Camelia Malik
    Ida Laila
    Diana Yusuf
    Mus Mulyadi
    Chicha Koeswoyo
    Itje Trisnawaty
    Rita Sugiarto

    Era 80an hingga 90an
    Hamdan Attaminu @ Hamdan Att
    Hikmah
    Beda Komala
    Riza Umami
    Vita Fatimah
    Herlina Effendi
    Ida Eliza
    Yuliatin
    Thalib
    Titiek Nurniaty
    NurhalimahMeggy Zakaria @ Meggy Z
    Yusnia (Kepergianmu)


    Hujung 80an
    Imam S Ariffin (Antara Cinta Dan Dosa)
    Mirnawaty (Jeritan Hati)
    Mega Mustika (Hitam Bukan Putih)
    Lisnawaty (Surat Cinta)
    Irma Erviana (Mr Mahmood)
    Nana Mardiana (Selamat jalan)
    Dahlia Sutra (Putus Tunangan)
    Ona Sutra (Terbayang-Bayang)
    Cucu Cahyati (Mabuk Dan Judi)
    Abiem Ngesti (gadis Bakliku)
    Vetty Vera (Yang Sedang-Sedang Saja)
    Evie Tamala (Selamat malam)
    Iis Dahlia (Tamu tak Diundang)
    Ikke Nurjanah (Gerbang Sengsara)
    Erie Suzan (Mabuk Duit)
    Indah Sundari (Terharu)
    Cici Faramida (RT5 RW3)


    Setelah 1990-an
    Ketika Lahirnya Genre Disco Dangdut
    Lilies Carlina (Gantengnya Pacarku)
    Yunita Ababiel (Trauma)
    Ine Cynthia (Prasangka)
    Nini Carlina (Gantengnya Pacarku)
    Merry Andani (Seribu Rupiah)
    Mila Roza (Cubit Sayang)
    Rieke Nursafitri
    Nani Minarni (Beda Rasa)
    Dena Dewi (Wanita-Wanita)
    Anis Marsela (Pusing Lagi)
    Yulia Citra (Pestamu Dukaku)
    Murni Cania
    Dayu AG (Untuk Siapa)
    Kitty Andri (Jawaban Kembalikanlah Dia)
    Kristina (Merah kau Bilang Biru)
    Endang Maemunah
    Tessa Mariska (Kesihir Cinta)

    Dangdut Era Inul Daratista
    Inul Daratista
    Dewi Persik
    Uut Permatasari
    Anissa Bahar


    Dangdut dalam budaya kontemporer Indonesia

    Oleh Rhoma Irama, dangdut dijadikan sebagai alat berdakwah, yang jelas terlihat dari lirik-lirik lagu ciptaannya dan dinyatakan sendiri olehnya. Hal inilah yang menjadi salah satu pemicu polemik besar kebudayaan di Indonesia pada tahun 2003 akibat protesnya terhadap gaya panggung penyanyi dangdut dari Jawa Timur, Inul Daratista, dengan goyang ngebor-nya yang dicap dekaden serta "merusak moral".

    Jauh sebelumnya, dangdut juga telah mengundang perdebatan dan berakhir dengan pelarangan panggung dangdut dalam perayaan Sekaten di Yogyakarta. Perdebatan muncul lagi-lagi akibat gaya panggung penyanyi (wanita)-nya yang dinilai terlalu "terbuka" dan berselera rendah, sehingga tidak sesuai dengan misi Sekaten sebagai suatu perayaan keagamaan.

    Dangdut memang disepakati banyak kalangan sebagai musik yang membawa aspirasi kalangan masyarakat kelas bawah dengan segala kesederhanaan dan kelugasannya. Ciri khas ini tercermin dari lirik serta bangunan lagunya. Gaya pentas yang sensasional tidak terlepas dari nafas ini.

    Panggung kampanye partai politik juga tidak ketinggalan memanfaatkan kepopuleran dangdut untuk menarik massa. Isu dangdut sebagai alat politik juga menyeruak ketika Basofi Sudirman, pada saat itu sebagai fungsionaris Golkar, menyanyi lagu dangdut.

    Walaupun dangdut diasosiasikan dengan masyarakat bawah yang miskin, bukan berarti dangdut hanya digemari kelas bawah. Di setiap acara hiburan, dangdut dapat dipastikan turut serta meramaikan situasi. Panggung dangdut dapat dengan mudah dijumpai di berbagai tempat. Tempat hiburan dan diskotek yang khusus memutar lagu-lagu dangdut banyak dijumpai di kota-kota besar. Stasiun radio siaran yang menyatakan dirinya sebagai "radio dangdut" juga mudah ditemui di berbagai kota.

    Interaksi dengan musik lain

    Dangdut sangat elastis dalam menghadapi dan mempengaruhi bentuk musik yang lain. Lagu-lagu barat populer pada tahun 1960-an dan 1970-an banyak yang didangdutkan. Genre musik gambus dan kasidah perlahan-lahan hanyut dalam arus cara bermusik dangdut. Hal yang sama terjadi pada musik tarling dari Cirebon sehingga yang masih eksis pada saat ini adalah bentuk campurannya: tarlingdut.

    Musik rock, pop, disko, house bersenyawa dengan baik dalam musik dangdut. Demikian pula yang terjadi dengan musik-musik daerah seperti jaipongan, degung, tarling, keroncong, langgam Jawa (dikenal sebagai suatu bentuk musik campur sari yang dinamakan congdut, dengan tokohnya Didi Kempot), atau zapin.

    Mudahnya dangdut menerima unsur 'asing' menjadikannya rentan terhadap bentuk-bentuk pembajakan, seperti yang banyak terjadi terhadap lagu-lagu dari film ala Bollywood dan lagu-lagu latin. Kopi Dangdut, misalnya, adalah "bajakan" lagu yang populer dari Venezuela.

    Bangunan lagu

    Meskipun lagu-lagu dangdut dapat menerima berbagai unsur musik lain secara mudah, bangunan sebagian besar lagu dangdut sangat konservatif, sebagian besar tersusun dari satuan delapan birama 4/4. Jarang sekali ditemukan lagu dangdut dengan birama 3/4, kecuali pada lagu-lagu masa Melayu Deli (contoh: Burung Nuri). Lagu dangdut juga miskin improvisasi, baik melodi maupun harmoni. Sebagai musik pengiring tarian, dangdut sangat mengandalkan ketukan tabla dan sinkop.

    Intro dapat berupa vokal tanpa iringan atau berupa permainan seruling, selebihnya merupakan permainan gitar atau mandolin. Panjang intro dapat mencapai delapan birama.

    Bagian awal tersusun dari delapan birama, dengan atau tanpa pengulangan. Jika terdapat pengulangan, dapat disela dengan suatu baris permainan jeda. Bagian ini biasanya berlirik pengantar tentang isi lagu, situasi yang dihadapi sang penyanyi.

    Lagu dangdut standar tidak memiliki refrain, namun memiliki bagian kedua dengan bangunan melodi yang berbeda dengan bagian pertama. Sebelum memasuki bagian kedua biasanya terdapat dua kali delapan birama jeda tanpa lirik. Bagian kedua biasanya sepanjang dari dua kali delapan birama dengan disela satu baris jeda tanpa lirik. Di akhir bagian kedua kadang-kadang terdapat koda sepanjang empat birama. Lirik bagian kedua biasanya berisi konsekuensi dari situasi yang digambarkan bagian pertama atau tindakan yang diambil si penyanyi untuk menjawab situasi itu.

    Setelah bagian kedua, lagu diulang penuh dari awal hingga akhir. Lagu dangdut diakhiri pada pengulangan bagian pertama. Jarang sekali lagu dangdut diakhiri dengan fade away.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...